Friday, October 11, 2013

(Atikah Atirah - Twinnies) 1st Single & We Need Your Support !

PENGUMUMAN  

1st Single & We need Your Support

Bismillahirahmanirrahim.. 

Alhamdulillah , Twinnies sekarang secara rasminya berada di bawah naungan label SRC (Suria Records Sdn Bhd) pada Ogos lalu. Sekaang sedang memproses kitorang punya 1st single. Inshaa Allah , doakan kami yang terbaik .. Kami berusaha dan berazam utk memberi kelainan dalam industri muzik Malaysia. Apa yang kami lakukan mudah mudahan diterima oleh semua pendengar muzik Malaysia. 

Kami bersyukur atas kurniaan bakat dan peluang berkarya yg dianugerahi oleh Nya.. Terima kasih atas support daripada semua kenalan , termasuk yang mengenali kami di dalam laman sesawang seperti Youtube , Blog , Facebook , Twitter , Instagram dan semuanya. Usaha kami 5 tahun bergerak secara indie, show sendiri cari , promo diri ,  share video dalam youtube , upload cover , live performance ,   sharing our music to public akhirnya jodoh kami bertemu dengan SRC antara label syarikat rakaman yg besar di Malaysia ini , peluang ini akan kami manfaatkan sebaiknya , bukan sekadar hiburan tetapi ini untuk masa depan kami juga , masa depan keluarga dan untuk memajukan industri muzik tanah air , inshaa Allah. Itu yg kami mahu lakukan. Kami juga mengharapkan penghargaan org ramai , jika dilihat sekarang komen2 negatif terhadap muzik , biasalah hidup ni tak semua sempurna , tak semua suka kita , memang tiada yg sempurna , kami menerima nasihat dan teguran , andai mana salah tunjukkanlah , yang baik datangnya daripada yg satu Allah swt , yang buruk datangnya dari diri sendiri , mana yg perlu ditegur kami harap tidak menggunakan perkataan kesat untuk menjatuhkan maruah , we must respect each other. 

Untuk single pertama kami , lagu berjudul YOU MARAH I LOVE YOU , KLIK ->  You Marah I Love you (LIVE VIDEO)  sedang diusahakan , inshaa Allah akan kedengaran dalam hujung tahun 2013 . Need your support guys. Lagu keseluruhan lirik dan muzik daripada Atikah Atirah (Twinnies) dan digubah semula oleh Alfa (Rumie Lab) , follow insta dan fb Twinnies untuk update berterusan.. Inshaa Allah sampai kitorang update lagi..

Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Nya , semoga sentiasa ceria dan sihat semuanya. 
Assalamualaikum ! 

Twinnies (Atikah Atirah)

No comments: